Saturday, 26 January 2013

Artikel Motivasi: Saya Nak Jadi Baik!

❖ Kalau berdua itu menyebabkan diri lupa pada Allah, lebih baiklah berseorangan ❖


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم
In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful
Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad

السلام عليكم



BAIK.

Sebut je 'baik', rasanya semua dah jelas tau apa itu baik. Dan rasanya kebanyakan kita nak yang baik-baik dalam hidup. Nak rumah yang baik, kereta yang baik, pasangan yg baik, keluarga yang baik, dan semua yang baik-baiklah!

Diri sendiri macam mana pula? Ehhh?

Tak nak ke jadi yang terbaik? Menjadi diri sendiri yang terbaik? Menjadi hamba Allah yang terbaik? Menjadi pengikut Rasulullah yang terbaik? Menjadi anak yang terbaik? Menjadi sahabat yang terbaik? Semua yang baik-baiklah!

Jawab hati - "Hmm. Saya memang nak jadi baik. Nak jadi terbaik some more. Tapi payahlah...," *garu-garu kepala*

Apa yang payahnya?

Jawab hati lagi - "Hari ni saya dah berazam nak jadi baik. Treng teng teng, petang nanti saya buat jahat lagi. Eh tak sampai petang pun, pagi tu pun saya dah buat jahat dah. Saya mengumpat orang, saya fikir buruk pasal orang, ehh banyaklah benda jahat saya buat. Malu nak cakap,"

Pastu?

"Jadi, saya rasa tak mampu la jadi baik ni. Memang la saya nak jadi baik, tapi saya rasa saya tak kuat la. Saya tak mampu. Saya memang ditakdirkan untuk jadi manusia jahat, kot? ,"

Ehh? Boleh pulak? Lepas tu nak serahkan pada takdir yang kononnya sudah tertakdir kamu jadi jahat?

"Hmm. Ye la kot. Dah saya ni memang jahat. Nak buat macam mana. Hari ni kata nak buat baik, nak jadi baik-baik, tapi end up buat jahat jugak. So, saya redho je lah. Iye tak?,"

Katakanlah "Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang," (Az Zumar: 53)

"Rasa sedih la pulak dengar terjemahan ayat tu. Saya tahu Allah tu Maha Pengampun, tapinya.. saya ni. Masalahnya dengan saya. Saya kata nak jadi baik, esoknya saya buat jahat lagi. Pastu kata nak jadi baik pulak. Mana satu yang betul ni? Rasa putus asa pun ada,"

Kita sambung lagi terjemahan ayat tadi yea. "Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu, kemudian kamu tidak dapat ditolong," (Az Zumar: 54)

"Saya tak nak dapat azab. Saya tau saya ni banyak dosa, tapi saya takut azab Allah sobs,"

Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepadamu (Al Quran) dari Tuhanmu sebelum datang azab kepadamu secara mendadak, sedang kamu tidak menyedarinya.

Agar jangan ada yang mengatakan "Alangkah besarnya penyesalanku atas kelalaianku dalam menunaikan kewajipan terhadap Allah, dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang memperolok-olokkan agama Allah

atau agar jangan ada yang berkata "Sekiranya Allah memberi petunjuk kepadaku, tentulah aku termasuk orang-orang yang bertakwa,"

atau agar jangan ada yang berkata ketika melihat azab "Sekiranya aku kembali ke dunia, tentu aku termasuk orang-orang yang berbuat baik," (Az Zumar: 55-58)

-Terdiam-

BAIK. Setiap daripada kita memang nak jadi baik. Siapa pun orang tu, pendosa setinggi langit, pembunuh, penzina dan sebagainya, pasti semua nak jadi baik. Pasti ada keinginan nak jadi baik. Seseolah fitrah, mahukan yang terbaik.

Cumanya ada yang mengatakan - aku jadi jahatlah. sebab aku tak mampu nak jadi baik -

Yang mengatakan sebegini pun sebenarnya nak jadi baik. Cuma dirinya telah berputus asa untuk menjadi baik, kerana merasakan tidak mampu untuk menjadi baik, lantas menyerahkan diri pada kononnya takdir untuk terus-terusan menjadi jahat.

Bolehkah begini? Bolehhh... Boleh aja meneruskan aktiviti yang kurang baik dalam hidup, boleh aja berterus-terusan menjadi jahat.

Tapi adakah sanggup untuk menerima azab Allah kelak? Pasti tak sanggup, kan?

Jadi sebab itulah kita harus berubah. Berubah menjadi baik. Walaupun ini kali ke 1000 dah kita mengatakan perkara yang sama, kita kena tetap berusaha sehinggalah ke hujung nyawa!


Seorang yang disebut berhijrah di jalan Allah adalah yang meninggalkan larangan-laranganNya (HR Bukhari, An Nasai, Abu Dawud & Ahmad)

Nah. Itu antara perkara-perkara yang kita kena buat. Kita kena berhijrah, tinggalkan perkara-perkara yang mendatangkan murka Allah. Cuba fikir sejenak, hari ni apa perkara yang aku dah buat yang boleh membuatkan Allah marah?

Fikir. Fikir. Fikir. Tak perlu menceritakan pada orang lain apa dosa yang kita dah buat hari ini. Kita memang dah sedia maklum perkara sekian, sekian, sekian sememangnya mendatangkan dosa!

Jadi, apa nak buat? Tak payah garu-garu kepala. Tiada penyelesaian lain melainkan kita meninggalkan semua aktiviti-aktiviti berdosa tu.

"alamak. susahnya...,"

Tak susah. Kalau difikirkan susah, memang susah. Tapi kalau difikirkan yang Allah akan mengganjarkan pahala yang banyak dan akan menolong kita sepanjang kita berusaha untuk menjadi baik, mesti senang!

Apabila kita masuk ke dalam satu bilik yang gelap, apa yang perlu kita buat supaya bilik tu jadi cerah? Adakah kita perlu menyedut semua kegelapan dalam bilik itu, ataupun kita memasang lilin ataupun lampu (ni kan zaman moden) supaya bilik tu terang benderang?

Pastinya pilihan yang kedua kan. So the same thing applies to the above situation. Kalau nak tinggalkan perkara jahat, kita kena isi balik masa yang kosong tu dengan perkara-perkara baik!

Contohnya - mulut ni suka sangat mengumpat. Tak pun, mengata. Lepas mengumpat orang tu, sambung mengumpat orang ni pulak. Boleh jadi bankrap macam ni - semua pahala kita sampai kat orang yang kita umpatkan.

Lepas tu, nak buat macam mana? Apa kata setiap kali rasa nak mengumpat tu, tutup mulut rapat-rapat. Takpun, jahit zip kat mulut tu, then bila tiba rasa keinginan nak mengumpat, zipkan mulut terus!

Gantikan dengan apa? Ayuh kita gantikan dengan zikir-zikir munajat kepadaNya. Takpun, selawat saja kepada junjungan baginda Nabi Muhammad SAW. Hati tenang, pahala pun dapat, iye dak?

Kemudiannya tinggalkanlah tempat-tempat yang boleh merangsang kita berbuat jahat. Sebagai contoh, lepak di bilik kawan boleh menyebabkan terdorong mengumpat orang lain. Jadi, apa kata kita hentikan dulu aktiviti lepak-lepak ni? Lagi power, kalau boleh bawak kawan-kawan lepak kita jadi teman zikir kita. Kalau tak mampu, tinggalkan dulu tempat tu. Hijrah! Hijrah!

Keduanya, jangan lupa bertaubat pada Allah. Ingat, bertaubat la cepat-cepat, jangan sampai terlambat. Allah Maha Pengampun, Dia mengampun dosa-dosa semuanya. Ayuh kita berbalik pada Allah. Yakinilah Allah akan mengampuni dosa-dosa kita, dengan syarat kita kenalah berusaha bersungguh-sungguh memohon ampun darinya.

Dan apa jua permasalahan yang kita ada yang menyebabkan kita payah untuk meninggalkan perbuatan-perbuatan mungkar, minta pertolongan dari Allah untuk menyelesaikannya. Mohon petunjuk, mohon ditunjukkan jalan penyelesaian dan mohon dipermudahkan segalanya. Yang penting, kita kena kuat!

Jom tengok video Dr Asri aka Dr Maza ni, bertajuk Taubat dan Harapan. Ayuh kita bertaubat, dan yakinilah bahawa masih ada harapan untuk kita, si pendosa setinggi langit.



Akhir kata, saya sudahi dengan mutiara kata dari Dr Aidh Al Qarni:

Gembirakanlah hatimu dengan mengingat kebaikan-kebaikan yg pernah engkau lakukan. Tenangkanlah jiwamu dengan bertaubat dari kesalahan-kesalahan. Bahagiakanlah orang lain dengan menghulurkan bantuan.

Sebaik-baik hari adalah yang membuatmu semakin pemaaf, yang memberikanmu ilmu pengetahuan yang baru, yang mencegahmu berbuat dosa, yang membuatmu semakin bijaksana dan yang mengepamkan semangat dan tekad yang kuat dalam dada.

Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita semuanya. Semoga Allah menyayangi kita semuanya. Ayuh bertaubat, masih belum terlambat.

~ Ya Allah, ampunilah dosa-dosa hambaMu ini ~


Www.AishaArdini.Com
Hayya Alal Falah!

Friday, 31 August 2012

Video Motivasi: Jangan Putus Asa!


❖ Mereka yang menanam itulah yang akan menuai hasilnya  ❖

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم
In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful
Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad

السلام عليكم



Assalamualaikum & Happy Merdeka :)

September is coming. And I will be officially 22 years old in just 8 days - tu pun kalau Allah izinkan bernafas sampai ke hari itu. And I feel a bit old now.

I still remember when I was eighteen, nineteen. It felt so young back then. When people asked me about my age, I replied without having to mention the number 'puluh-puluhan' but now, a bit old, don't you think?

But age is just number. Apa gunanya umur yang panjang kalau umurnya itu hanya dipenuhi dengan perkara maksiat? Lebih baik umur yang pendek namun dipenuhi dengan banyak amalan.

Kan? Yeah. So we better focus on what we do now. Banyakkan buat perkara kebaikan dan sama-samalah kita berjihad meninggalkan nafsu yang menarik kita ke lembah kejahatan *am telling this to myself too*

Updates. Yes. Currently I've been working on this video. Don't get my point wrong. It's not the video of me talking blah blah blah but it's new poem that I just made, and the title is Jangan Putus Asa :)

I just made the poem only few days ago. I just only use simple words with the hope that it will reach people well.

And the background music - I composed it. The title is Step Up, and it's a simple one too, without any lyrics at all. In fact it only takes two days.

Sebenarnya idea nak buat video ni ada sejak 2 bulan lepas lagi kot. Sebabnya? Dua bulan lepas Aisha hadapi 1st Professional Exam. I was stressed at that time so I turned on youtube and searched for motivational videos. And I was inspired by the results. So I decided to make one too :)

And this song? It kept playing in my mind all of a sudden when I was with Kak Andah and Wani (2 of my most bestfriends) when we were on our way to Giant Kuantan *I still remember every single details - grins*

So I decided to hum it and record it in my phone and later make notes out of it. And here I am, and the videos. TADA! - Happy watching :)



- Jangan Putus Asa -

Untuk menapak tiba ke hari ini
Sudah banyak yang terluka dan dilukai

Segala perit ranjau yang dilalui
Parutnya masih terkesan hingga ke hari ini

Masihkah kau ingat kepayahan dulu?
Putus asa hampir saja memerangkapmu

Namun akhirnya kau tiba jua
Meraih kejayaan yang dahulu kau tidak jangka

Jadi mengapa hari ini tidak boleh pula
Kau kuatkan semangat meneruskan asa?

Andai kau boleh runtuhkan gunung sebelumnya
Mengapa pula tidak ulangi buat kali kedua?

Kau adalah apa yang kau impikan
Dengan izin Tuhan kau pasti miliki kejayaan

Kekuatanmu kau rasakan lemah
Namun adanya Dia langit pun mampu kau goyah

Maka janganlah dikau berpaling ke belakang
Atau mahu menghentikan perjalanan

Kerana kejayaan itu akan tetap tiba
Allah memberi pada mereka yang berusaha


(30 Ogos 2012)

Still I want to add few things.

There are times when we feel so low. Believe me, I've been there too. But during those times, we chose to keep moving and not giving it all up. And later we realize that all the hardwork pays and we end up smiling again.

And so the cycle will repeat itself. It's just that the hurdles are different since we are growing up now, surely it will be tougher if compared to those hurdles when we were smaller.

But hey, we are now smarter and better, thanks to those hardship. We learned something from them, and it's not a bad thing at all.


And, remember what Allah said in the Quran? Surah Al Baqarah verse 286

La yukallifullahunafsan illa wus'aha.
Allah does not charge a soul except [with that within] its capacity.
Allah tidak membebani seseorang melainkan kesanggupannya.

TambahNya lagi, didalam surah al Inshirah verse 5-6

So verily, for every hardship there is ease.
Sesudah kesulitan pasti ada kemudahan.

Rasa senang dan tenang kan hati bila Allah menjanjikan yang sedemikian? Sesungguhnya janji Allah itu pasti. Just be strong and have faith in Him! :)

And before I leave, there is another video that I want to share. It's an old one - I think I made it last year. Or is it 2 years already?

Checked it. It was made on June 2011. More than a year now.

The background music titled Mencarimu - I composed it too. And the poem, it was made when I was on my journey on bus going back home, from Kuantan to Kelantan.

Teary eyes back then when I wrote that poem, and I still remember the awkward face of the driver when he saw my sad face *pak cik, saya bukan sedih sebab putus cinta. saya tengah menulis sajak ni*

And here is the video. Selamat menonton :)



Semoga Allah sayang. Semoga Allah redha :)



Salam Sayang & Salam Kejayaan,

Www.AishaArdini.Com
Hayya 'Alal Falah!

Wednesday, 29 August 2012

Entri #34: Cantik Kosong VS Cantik Berisi


❖ Bersediakah sudah untuk menghadapi kematian yang datangnya tidak dijangka?  ❖

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم
In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful
Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad

السلام عليكم



Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi masa untuk membahagiakan diri di rumah sebelum menjejakkan kaki kembali ke universiti.

Teringat status kawan yang dia coretkan dalam twitter - Nak cari gadis cantik sekarang memang senang. Tapi nak cari yang akhlak cantik tu yang payah.

Yes. I think that's true.

Oh nowadays. Just go to your laptop, log in to your facebook and tada! You will see thousands of super pretty girls posting their gorgeous pictures here and there. Oh not forget to mention - including those who enjoy photoshoot too.

I don't want to mention about aurah here. Not also the quote - wanita yang baik adalah wanita yang tidak memandang dan tidak dipandang. Just want to relate beauty and akhlaq.

As you browse through the pictures, you can't stop thinking how perfect she look. And how gorgeous she is. But ehhh, you read the comments - weyy ****, jumpa kauu esok pagi - ehh? ada ayat tak elok la.

Tak berkaitan dengan sesiapa. Just an example *I know it's not a good one but I know you can understand the situation well*

Get the point? Okay. Let's make an analogy.


Here is pretty gorgeous jars. Colourful and covered with lace design 
*I know you want one*



Dan lagi, gambar balang yang cantik. 
Dihias penuh dengan reben menyebabkan ia cukup menarik untuk dipandang. 
Cantik kan?

Gadis-gadis yang cantik tu boleh disamakan dengan balang-balang ni. Dari luar memang nampak cantik. Apatah lagi kalau dah berhias sini sana. Apatah lagi kalau yang cantik tu dicantikkan lagi dan lagi.

Semuanya hampir sama cantik, sama rata sehinggakan susah nak pilih. Sampai kelabu mata.

Cumanya, kalau cantik tetapi kosong, memanglah sedap dipandang tetapi kegunaan tiada. Apatah lagi kalau balang tu diisi dengan benda-benda yang busuk dan tak menyenangkan, lagilah rasa nak buang.

Akhlak yang buruk ni memanglah selalu dikaitkan dengan busuk. Bayangkan kalau balang-balang cantik tu diisi dengan perkara sebegitu, nak datang dekat pun tak nak!

Mungkin ada yang nak datang dekat. Mungkin LALAT. Bad things will also attract bad outcome, remember? Kalau akhlak dalam diri membusuk, yang datang pun yang jenis kurang elok juga.

Bayangkan pula kalau balang-balang cantik ni pula diisi dengan benda-benda yang cantik lagi indah. Umpamanya lilin yang membakar dirinya untuk menerangi alam :)


Bukan sekadar nampak indah di luaran. Malah turut indah dalamannya.



Yang luaran sudah menawan. Yang dalaman menambahkan lagi keindahan si empunya badan.



So do this one. Pretty on the outside. Pretty in the inside.



My main point is, don't just beautify your physical look but beautify what's in the inside too. Jangan cantik yang kosong tapi jadilah si cantik yang berisi :)

Kalau yang sudah cantik tu, janganlah hodohkan diri because of this entry. That's not what I meant. Just enhance the inner beauty that you have inside. It's what in the inside that counts :)

And now, how to be one? I'm not an expert here but I will just tell few things that I think it works best.

1. Jangan biasakan diri dengan sumpah seranah. Not only it darkens your heart but it darkens your personality too.

2. Dekatkan diri dengan Allah. Always, people who have strong relationship with Allah has a pure heart and that shows right in her face. Muka yang nampak suci bersih itu selalunya nampak cantik, kan? :)

3. Banyakkan zikir. Indeed remembrance of Allah will make your heart calm. Wajah yang tenang lagi menenangkan itu salah satu faktor yang menyebabkan seseorang itu kelihatan cantik.

4. Be confident but not pride. Yakin dengan diri sendiri tetapi bukan bermaksud sombong dan ignorance. Believe that you can do your best and always do you best.

5. Jauhi umpat-mengumpat dan kata mengata. Cantik macam mana pun seseorang itu, tapi kalau bicaranya hanya penuh dengan umpatan, segala yang cantik itupun hilang.

6. Tutup aurat. Wanita yang cantik macam mana pun, kalau terdedah sini sana, dah tak nampak keistimewaannya. Berkaca matakan duniawi memang sedap dipandang tetapi bukan untuk dihargai apatah lagi untuk dijadikan dia dekat di hati, jauh sekali dijadikan isteri.

7. Banyakkan tahajud. Mata yang banyak menangis kerana Allah itu pasti nampak lebih suci. Wajah yang selalu ingat pada Allah itu nampak lebih menenangkan. Tapi jangan pula melakukan tahajud bermatlamatkan untuk menjadi cantik. Cukuplah sebagai motivasi untuk dirimu terus bertajahud :)

Sama-samalah kita berusaha untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik. Seindah-indah hiasan adalah wanita yang solehah :)

P/s: Selalu menyentuh hal-hal wanita. Tidak pula menyentuh hal-hal lelaki. Sebabnya, ia lebih dekat dengan Aisha sendiri :)



Salam Sayang & Salam Kejayaan,

Www.AishaArdini.Com
Hayya 'Alal Falah!

Sunday, 26 August 2012

Artikel Motivasi: Indahnya Tawakkal


❖ Apabila iman meninggi, berbuat dosa kecil pun sudah membuatkan diri menangis  ❖

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم
In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful
Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad

السلام عليكم



"Tak perlulah kau study sangat. Serahkan pada Allah je. Mesti score A punya,"

"Ish kau ingat dengan doa-doa semua tu, kau boleh dapat apa kau nak? Kau kena usaha la beb. Tak doa pun takpe. Kau usaha, gerenti kau dapat!,"

Dua situasi berbeza namun cukup berkait rapat. Situasi pertama adalah tanggapan "serahkan saja semuanya pada Allah dan kita tak perlu buat apa-apa" dan keduanya pula, terlalu yakin dan angkuh dengan kekuatan dalam diri.

Elemen apakah yang berkait rapat antara keduanya? Situasi pertama menyalahkan gunakan elemen itu sedangkan situasi kedua pula, menidakkannya pula. Dan elemen itu adalah tawakkal.

APA ITU TAWAKKAL


Tawakkal itu bersandar hati pada Allah, menyerahkan semua urusan kepadaNya serta meyakini dengan sebenar-benarnya kepada Allah semata-mata.

Sabda Rasulullah SAW "Jika kamu semua bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, maka Allah akan memberi kamu semua rezeki, sebagaimana Dia memberi rezeki kepada burung yang terbang tinggi dari sarangnya pada waktu pagi dengan perut kosong, lalu pulang dengan perut kenyang sewaktu petang," (HR Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah & Hakim)

Kalau dirimu benar-benar meyakini bahawa Allah itulah yang memberi, pastinya hati tiada lagi resah gelisah. Tiada lagi gundah gulana. Berusaha dan kemudiannya serahkan padaNya!

AKU PASRAH!

"Aku pasrah. Aku dah tak kisah apa yang berlaku dalam hidup aku. Kalau jadi, jadilah," terdengar pula rintihan begini.

Adakah pasrah itu sama dengan tawakkal? Adakah dengan meletakkan semuanya pada Allah tanpa usaha sedikitpun itu termasuk dalam tawakkal juga?

Tidak. Tidak sama sekali. Imam Ahmad r.a. mengatakan bahawa tidak ada isyarat dalam hadis yang membenarkan kita meninggalkan usaha sama sekali. Sedangkan burung itupun perlu keluar dari sarangnya untuk mencari makan dan kerana itulah perutnya kenyang terisi!


Dalam sebuah riwayat dinyatakan bahawa Ali bin Abi Talib mendapati orang sedang berkumpul di masjid dan bertasbih. Ali bertanya kepada mereka - Apa yang kamu semua lakukan?

Mereka menjawab - Kami sedang bertawakkal kepada Allah...

Lantas Ali membantah kata-kata mereka - Tidak. Kamu semua sedang menunggu datangnya makanan. Jika kamu semua termasuk orang yang bertawakal, maka kamu semua akan memahami maksud tawakal yang sebenarnya.

Mereka pula menjawab - Apabila kami menemui sesuatu yang dapat dimakan, maka kami akan memakannya. Jika tidak ada, maka kami tidak akan memakan apa pun..

Mendengar kata-kata mereka, Ali menjawab - Perbuatan seperti itu juga dilakukan oleh anjing.

Manakan bisa rezeki itu sampai tanpa usaha? Dan adakah adil mahukan Allah memberi segalanya sedangkan  si empunya badan berehat-rehat dengan tenaga yang masih banyak?

Fahami bahawa tawakkal itu bukan pasrah. Jangan sesekali menyamakan keduanya.

IINDAHNYA TAWAKAL


Adakalanya manusia lebih suka bergantung pada usahanya sendiri. Mahu berusaha habis-habisan namun lupa pula meminta pada yang Esa.

Ada yang dapat, malah ada kalanya dia dapat lebih banyak dari mereka yang meminta-minta dari Allah.

Kenapa ya? Yang meminta dari Allah itu bersedih pula. Jangan begitu. Adakalanya yang dapat lebih banyak sedangkan dia melupai Allah - boleh jadi itu istidraj.

Walaupun dia dapat dengan banyaknya, boleh jadi pula hati dan jiwanya kosong. Hati dan jiwanya sempit. Hati dan jiwanya lohong, kerana tidak diisi dengan kasih sayang dari Ilahi.


Bila hati tidak diisi dengan cinta Ilahi, maka banyaklah ketidaktenangan menyinggah. Kekayaan berjuta-juta, kekayaan pula bertimbun banyaknya, namun hati tetap bersedih. Boleh jadi hati dan jiwa terasa sempit.

Lain pula dengan mereka yang berusaha dan kemudiannya berdoa, bertawakal pada Allah. Apabila Allah mengurniakan banyak sekali nikmatNya, tiadalah yang terlafaz melainkan - alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.

Dan adakalanya  walau dapat sedikit, namun hatinya tetap akan terhibur. Mengapa ya? Kerana yang sedikit itu pun dia sudah merasa cukup. Dengan yang sedikit itupun dia sudah merasa berkat. Dengan yang sedikit itupun dia sudah dapat merasakan cinta Ilahi!

Jadi mengapa mahu berpaling dari tawakkal? Mengapa mahu hanya bergantung pada usaha sendiri dan menidakkan pertolongan dari Ilahi? Ketahuilah tanpa pertolonganNya, seseorang manusia itu tidak boleh memperoleh apa-apa.

Amat menghairankan apabila ada yang menidakkan kekuasaanNya. Cuba fikirkan sejenak. Setiap saat ada sahaja bayi yang baru dilahirkan. Adakah bayi yang meminta dilahirkan? Adakah bayi yang memberitahu pada doktor dan bidan bila waktunya dia mahu dilahirkan? Tidak bukan?

Dan kalau manusia itu sangatlah hebat hinggakan tidak bergantung pada Allah sedikitpun, cubalah menahan beberapa bulan lagi sehingga bayi itu dilahirkan sesuai dengan kehendak diri. Tidakpun, teruskan saja lahirkan anak walau tidak cukup bulan dan jadikanlah bayi itu sihat sesihatnya tanpa sebarang simptom bayi pramatang. Bolehkah?


Dan cubalah pula manusia menahan kematian. Di saat nyawa sudah sampai ke kerongkong, cubalah dia menahannya. Cubalah kekalkan nyawanya sehingga tiba waktunya dia ingin mati. Bolehkah? Kalaulah perkara itu boleh, sudah pasti ada lagi mereka yang beribu tahun umurnya hidup bersama kita.

Itu semua menandakan ada kuasa yang tersangat hebat yang mengawal seluruh alam. Dia itulah Tuhan. Dia itulah Allah. Jadi mengapa mahu menidakkan pertolonganNya?

Maka rendahkanlah dirimu dan mohonlah pertolonganNya setelah puas dirimu berusaha. Kalau Allah perkenankan, pasti satu dunia inipun boleh jadi milikmu.


"Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya, Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu," - Al Talaq ayat 3

- Sesungguhnya tawakkal kepada Allah itu perlu diiringi dengan usaha & doa -


Salam Sayang & Salam Kejayaan,

Www.AishaArdini.Com
Hayya 'Alal Falah!

Friday, 24 August 2012

Entri #33: Si Pendakwah Perasan Bagus?

❖ Change is a process, not an event  ❖


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم
In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful
Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad

السلام عليكم



It's a beautiful morning alhamdulillah. And here I am, sipping my coffee next to my lappy, typing new entry.

As the title goes - si pendakwah perasan bagus - jom apa kata kita kupas tajuk kita hari ni :)

Lately I've been quoting others. I know. Their words remind me of what happens nowadays and I guess I want to say a few words about it.

Found this on twitter. Quoted from Sham Kamikaze - "Macam bagus, poyo, tak payah riak," adalah simptom biasa apabila kita menyeru kepada kebaikan :-) Jangan hiraukan dan teruskan sahabatku semua

And this is the screenshot:


Ohhh he said it best. Can't agree more.

And as usual, I have my own respond. And here I go - the screenshot:


Just like I mentioned before, Ustaz Azhar once said that - kalau nak berdakwah, muka memang kena tebal. I guess so. 

Menjadi pendakwah ni memang bukan kerja mudah. Ingat lagi sirah Rasulullah SAW? Kalau setakat dikata poyo, perasan bagus, riak tu sebenarnya sangatlah kecil kalau nak dibandingkan dengan apa yang Rasulullah lalui.

Penderitaan yang Rasulullah SAW lalui bukan sedikit. Tentangan bukan sahaja dari orang sekeliling, malah ada yang dari kalangan keluarga baginda sendiri.

Kalau kita? Hanya sedikit hinaan dari orang yang tak dikenali ataupun sahabat sendiri, itu bukanlah apa-apa jika hendak dibandingkan dengan apa yang dilalui Rasulullah SAW!

Kalau sedikit macam ni pun dah rasa nak putus asa, macam mana nak lalui perkara yang lebih besar? Aisha teringat kata-kata senior Aisha yang cukup meninggalkan kesan - kalau terganggu dengan masalah sendiri, macam mana nak handle masalah ummah?

Think big. Yes. Masa ni la nak apply benda-benda macam ni kan...


Sesuatu perkara ni, kalau dilihat dari aspek kecik yakni duniawi, memang nampak bermasalah. Serba serbi tak kena. Rasa dihina, rasa kalah, rasa bermasalah.

Tapi cuba lihat dari kaca mata ukhrawi. Perkara yang baik dapat pahala - yes. Perkara yang jahat dapat dosa - yes. Pandangan orang lain? Tak sepenting pandangan Allah!

Jadi kalau dicerca, kita bersabar - dapat pahala. Kalau dihina, kita memilih untuk tahan marah - dapat pahala. Kalau difitnah, kita memilih untuk tidak balas kejahatannya - pahala lagi. Win much? I say yes.

Sebabnya kita semua akan dipertemukan kembali di akhirat kelak. Di sana, yang baik dibalas kebaikan dan yang jahat, akan dibalas jahat walau sebesar zarah.

Tiada gunanya kalau di dunia ego setinggi langit tapi di akhirat terpaksa meminta maaf dengan orang-orang yang kita mengata. Tiada gunanya kita mengata, memfitnah orang tu begitu begini tetapi di akhirat terpaksa berlutut meminta maaf.

Tidak sememestinya kalah di mata manusia bermakna kalah pada pandangan Allah. Adakalanya yang kalah di mata manusia itulah bererti beribu kemenangan pada pandangan Allah.

And remember this. We can't satisfy all people. Kalau nak puaskan hati semua orang, maka kita akan sakit keseorangan. Stand when you have to, even if you are alone.

Standing alone doesn't mean you are wrong. Even if thousands support you, it still doesn't mean you are right. The only way to know whether it's right or a wrong thing to do is by referring to Quran and the sunnah. 

Look at the priorities. Tengok pula pandangan ahli ulama. When you are sure of your action, only then you prosecute it. And only Allah knows the truth, the right and the wrong. May Allah guides us all.

Dan ini pula kata ustaz Azhar dalam FB ustaz. I find it is a bit related.


You can right click and open in new tab if you want to make it larger.

So?

1. Jangan berputus asa dalam berdakwah. Walau apapun orang kata, ingat Allah ada bersama kita. Malaikat tak henti-henti menulis apa jua kebaikan yang kamu lakukan.

2. Muhasabah pula cara berdakwah. Jangan jadi pendakwah yang menjauhkan orang dari Islam. Jangan jadi pendakwah yang menyesatkan. Jangan kerana kamu, orang lain benci Islam. Tackle things carefully. 

3. Pilihlah untuk menjadi pendakwah. Pilihlah juga untuk menjadi orang yang suka mendengar perkara kebaikan dan suka ditegur kalau ada salah silapnya. Jangan memilih untuk menjadi si pengata. 

4. Biasanya orang yang menyebarkan perkara baik ni bukanlah untuk menunjuk-nunjuk dia baik. Apa yang dia mahukan hanyalah agar insan yang dia sayangi untuk turut menjadi baik dan merasa betapa indahnya rasa apabila hidayah menyapa. 


Apapun, semoga Allah sayangi, redhai dan lindungi selalu. Sejauh mana seseorang itu kurang baik pun, dia mesti senantiasa ada niat untuk menjadi baik kan? Jom kita jadi lebih baik :)

Jaga diri. Jaga hati. Jaga iman.



Salam Sayang & Salam Kejayaan,

Www.AishaArdini.Com
Hayya 'Alal Falah!

Entri #32: Love You Till Jannah?


❖ Jom tukar idola. Dari artis kepada Rasulullah SAW!  ❖

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم
In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful
Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad

السلام عليكم



Assalamualaikum dear readers. Asif jiddan, lama dah Aisha tak update blog. Sibuk dengan urusan sana sini. Tambah-tambah lagi time raya ni kan :)

Anyway. Kali ni entri Aisha agak santai sikit. Biasanya macam a bit berat kan? Few of my bestfriends said that my blog kinda berat so sometimes people just skip some part. So Aisha rasa, lebih baik buat cara santai kan? Let's just give it a try then.

While updating my tweet just now, I read a tweet from Fatin Nor Adila. Just can't agree more. And here she goes:


Yup. Get married and make it halal, only then you can talk about love you till Jannah.

It just seems that nowadays, people love to post about this boyfriend, gilrfriend, couple thingy and try to Islamize it and make it look halal. No, even if you said "I love you because of Allah," it is still not halal to date here and there, holding hands etc.

And I am totally oppose such actions. Mungkin ada yang belum tau yang berdating bersentuhan kulit semua tu haram, but now you know.

And here is my respond:


Yes. Jangan menampakkan halal pada perkara yang haram. Perkara maksiat jangan pula dicampur-adukan dengan keindahan Islam.

Thinking about being in Jannah is a very good thing. I truly like that because it's a good target.

Cuma bahagian ingin ke syurga dengan perkara maksiat - it sounds weird, doesn't it?

And I'm not saying this to any particular person. I'm just saying it generally. I just noted this style of Islamizing the haram things has become a trend. It shouldn't.

Kalau perkara dah dibiasakan, lama-lama akan nampak biasa lagi 'halal'. Samalah macam nyanyian perempuan dalam tv, radio semua. Sebab dah dari lahir lagi dah biasa dengan hiburan macam tu, sampai tak nampak salah & haram dan rasa DAH BIASA.

Lesson is; jangan biasakan perkara yang haram sebab lama-lama akan nampak 'halal'. Jangan pandah remeh pada dosa walaupun kecil. Kecil-kecil lama-lama pun akan jadi besar, tau?

Sama goes to pahala. Walaupun nampak kecik - contohnya bagi kucing makan - tapi malaikat tetap sibuk tulis amalan apa yang kita buat walau sebesar zarah. Mungkin amalan tu nampak kecik di mata kita, tapi siapa tahu kalau Allah anggap besar, kan? :)

Jadi sama-samalah kita tinggalkan perkara-perkara yang haram. Dan kita perbanyakkan pula amalan dan perkara kebaikan. Our target is jannah, remember? :)

Updates from me:

And it is raining now in Kelantan. Alhamdulillah.

Will be back to UIA Kuantan on this 2nd September. Another 3 years to go until I can officially work as a doctor. Long time, isn't it? But I hope it's worth waiting (basically not waiting but learning).

I am now medical books agent. You can buy stethoscope, white coat and other stuff too. If you are interested, please email me at aishatulhumaira@gmail.com

And I hope, kalau ada perubahan yang baik dalam bulan Ramadhan, teruskanlah walau di luar bulan Ramadhan. Sama-samalah kita mentarbiyah diri dan semoga kita bertemu lagi di syurga hakiki.

And yes, baru teringat. I browsed through an app on my tabbie named 'Soal Jawab Ustaz Azhar'. I heard it's not working on Iphone. And here is some of his advises :) -sharing is caring-





May Allah bless you. May we all be in Jannah when the day comes. Ameen :)


Salam Sayang & Salam Kejayaan,

Www.AishaArdini.Com
Hayya 'Alal Falah!

Sunday, 22 July 2012

Entri #31: Erti Keperibadian Ramadhan Dalam Hati Seorang Insan


❖ Banyak atau sedikit, keduanya ujian. Maka bersyukurlah ❖

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم
In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful
Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad

السلام عليكم


"Tibalah kepada kamu sekarang Ramadhan, bulan penuh rahmat. Allah telah mewajibkan kepada kamu berpuasa (pada bulan ini). (Dalam tempoh itu) pintu-pintu langit terbentang dan pintu-pintu neraka tertutup dan diikat syaitan-syaitan perkasa. Di dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Sesiapa yang terlepas daripada kebaikannya, sesungguhnya dia amatlah rugi," - Riwayat Al Nasai

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan. Selamat kunjung tiba wahai bulan penuh rahmat. Betapa ramai hamba-hamba Ilahi merindui kehadiranmu dan berebut-rebut mahu menerusi hari-harimu hinggalah tiba ke saat terakhir engkau berada di sini.

Kehadiranmu benar dirindui hamba-hamba Ilahi. Maka tibalah dirimu berserta pintu-pintu rahmat yang terbuka luas bagi hambaNya untuk dikecapi dan diraih oleh si pendamba syurga.


Ramadhan

Apabila tibanya bulan Ramadhan, maka umat Islam berbondong-bondong mengerjakan ibadah puasa yang bermula dari terbitnya fajar hinggalah terbenamnya matahari. Terpaksalah menahan lapar, dahaga dan apa jua perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa apatah lagi perkara yang boleh membatalkannya.

Itulah juga ibadah yang menjadi rahsia antara hamba dan Tuhannya. Hanya si empunya diri yang tahu betapa dia mengerjakan ibadah itu seikhlas hati ataupun terpaksa; mungkin hanya kerana ingin menuruti sahabat sekeliling dan keluarga.

Benarlah puasa itu juga rahsia antara hamba dengan Tuhannya kerana hanya Dia sahaja yang tahu betapa hambaNya berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mengelakkan diri dari perkara yang boleh mendatangkan murkaNya. Puasa itu bukan sahaja menahan lapar dan dahaga, namun lebih dari itu!


Inilah masanya untuk kita mendidik diri. Inilah masanya Allah mendidik hamba-hambaNya. Sifat sabar terpupuk. Sifat bersyukur menjadi subur. Amal ibadah bertambah-tambah. Apa sahaja bicara pun terjaga - mendidik bibir hanya untuk membicarakan zikir!

"Demi zat yang menguasai jiwaku! Nescaya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah SWT daripada minyak misik (kasturi)," (Hadis Qudsi)

Alangkah wangi sekali bau mulut orang yang berpuasa di sisi Allah. Alangkah dipandang tinggi sehinggakan yang bau yang tidak disukai pun dipandang lebih wangi dari minyak kasturi. Tidak mahukah kita dipandang sebegitu oleh Ilahi?

"Orang yang berpuasa memiliki dua kegembiraan. Kegembiraan saat dia berbuka dan juga kegembiraan saat dia bertemu Tuhannya," (Hadis Qudsi)

Orang yang berpuasa sepatutnya merasakan sungguh gembira. Bukan mengeluh kelaparan dan mengeluh keletihan. Seharusnya tersenyum dari awal hingga akhirnya. Kenapa? Kerana diri tidak sabar untuk bergembira sewaktu berbuka. Juga tidak sabar untuk mempersembahkan puasa itu pada Tuhan sewaktu bertemu denganNya kelak.

Bulan Untuk Perubahan Diri

"Hai orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa," (Al Baqarah: 18)

Takwa adalah mengerjakan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya. Berpuasa itu adalah suruhan Allah, maka apabila seorang hamba mengerjakannya, dia telah selangkah ke hadapan menjadi hamba yang bertakwa.


Bukan sahaja dengan berpuasa, malah meninggalkan apa yang dilarang Ilahi itupun menjadikan seseorang itu lebih dekat selangkah dengan takwa. Maka tinggalkanlah umpatan, bohongan, hubungan yang terlarang, melaga-lagakan orang lain mahupun berniaga secara haram.

"Puasa adalah nikmat, maka tidak sepatutnya ada perkataan lucah atau percakapan serta perbuatan kasar. Jika seseorang bergaduh dengannya dan menghinanya, ucapkanlah "Aku berpuasa," sebanyak dua kali...," (Riwayat al Bukhari)

Maka usahlah menyambung sebarang persengkataan di bulan penuh berkat ini. Andai ada yang cuba menarikmu ke lembah persengkataan, tegaskan padanya: Aku berpuasa!

Jadikanlah bulan Ramadhan ini sebagai bulan perubahan bagi diri. Waktu inilah syaitan dirantai lantas memudahkan lagi hamba-hamba Allah melakukan ibadah dan meninggalkan kemungkaran.

Sekalipun sedemikian, namun mengapa masih ada perbuatan kemungkaran yang masih terjadi di dalam bulan yang penuh mulia dan penuh rahmat? Bukankah syaitan-syaitan telah dirantai dan diikat?

Kejahatan yang dizahirkan oleh seseorang manusia adakalanya bukanlah seratus peratus bertunjangkan pengaruh syaitan namun mungkin disebabkan hati dan jiwa sendiri yang keji. Malah mungkin juga kerana perangai buruk yang ada dalam diri manusia iu sendiri.


Maka, jadikanlah bulan penuh rahmat ini sebagai bulan pembersihan diri. Isikanlah malammu dengan banyaknya sujud dan tangisan padaNya. Lagukanlah bacaan kalamullah yang mengindahkan lagi kesunyian malam.

"Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, dosanya yang telah telah diampuni oleh Allah," (Riwayat al Bukhari)

Mengetahui Rasulullah pernah mengatakan sedemikian cukup membuatkan degupan jantung bertambah kencang. Bukankah ini peluang yang sangat baik? Bukankah ini peluang untuk memutihkan kembali diri yang penuh dengan kekotoran?

Maka niatkanlah puasamu itu hanya untuk Allah. Niatkanlah ia untuk mengharapkan keredhaan dari Allah. Sandarkanlah ia seratus peratus pada Allah agar bertambah-tambah imanmu!


"Sesungguhnya di syurga terdapat pintu yang dinamakan sebagai al Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu pada hari kiamat...," (Riwayat Al Bukhari)

Siapa saja yang tidak mengimpikan syurga? Siapapun di dunia walaupun dia memuja Tuhan yang salah akan tetap mengimpikan syurga apabila meninggalkan dunia ini kelak.

Dan Allah menyediakan pintu khas bagi hambaNya yang berpuasa yakni pintu al Rayyan. Bukankah ini satu penghormatan yang indah? Maka mengapa tidak berusaha berebut untuk melaluinya? Hidup hanya sekali. Bermakna peluang ini pun hanya muncul sekali. Maka jangan lepaskan peluang keemasan sebegini.

Puasa Itu Bukan Alasan Untuk Bermalas-Malasan

Apabila tiba sahaja bulan Ramadhan, segala aktiviti dan amal berkurang. Katil-katil mula dipenuhi dan mata pula asyik melelapkan diri. Adakah patut itu berlaku sama sekali?

Benarlah badan penat. Benarlah tidak larat. Benarlah tidur dengan banyaknya itu tidak membatalkan puasa. Namun andai harimu berlalu sebegitu sekali, kerugianlah si empunya diri.


Ramadhan itu bulan istimewa. Di dalamnya pula ada pahala bertaburan untuk dikutip hamba-hamba yang beriman. Maka mengapa bermalas-malasan tidak cuba untuk mengutip pahala yang ada?

Tidaklah susah untuk mengutipnya. Banyak pula pilihan yang ada, bukan hanya dengan membengkokkan badan dan menghulurkan tangan. Dengan menyandarkan badan di tiang ditemani bibir yang tidak putus-putus memuji Tuhan,  itupun sudah menguntungkan. Sangat mudah bukan?

Malam Yang Lebih Baik Dari Seribu Bulan

Sabda Rasulullah SAW "Sesiapa yang mengerjakan solat malam pada malam al Qadar (dan berupaya mencapainya) kerana beriman dan mengharapkan ganjaran, semua dosanya sebelum ini diampunkan,"

Sekali lagi Allah membuka seluasnya pintu pengampunan. Sebagai hamba yang penuh dengan kesilapan, pasti akan tetap ada dosa yang terselit walaupun diri sudah berubah menjadi lebih baik.

Maka mengapa tidak gunakan saja peluang yang diberi Ilahi ini untuk membersihkan lagi diri? Ayuh sahabat. Di sepuluh malam terakhir, kita gandakan lagi segala amal ibadat. Gandakan lagi solat malam. Gandakan lagi zikir dan amalan.

Siapa tahu andai ini Ramadhan terakhir dalam hidupmu. Dan siapa tahu andai ini sahajalah lagi peluang untuk dirimu bertemu dengan malam yang lebih baik dari seribu bulan. Maka usahlah kamu sia-siakan!
Dengarkan Sahabat

Jangan lagi dikau sia-siakan Ramadhan yang datang ini sebagaimana dikau pernah sia-siakan banyaknya bulan-bulan Ramadhan yang pernah muncul dalam hidupmu. Sekalipun Ramadhan yang lepas tidak dikau sia-siakan, berusahalah untuk menjadikan Ramadhan kali ini jauh lebih baik dari yang lepas!

Gunakan peluang ini untuk menyucikan diri. Maksimumkan peluang ini untuk mendekatkan dirimu dengan Ilahi. Rebutlah peluang ini untuk agar Allah memberkati.


Nota Kaki:
Artikel ini ditulis pada 22 Julai 2012 bersamaan 2 Ramadhan 1433 untuk Majalah An Naseem

Monday, 9 July 2012

Entri #30: Coretan Tidak Bertajuk

❖ Lebih baik andai diri dizalimi daripada diri menzalimi ❖

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم
In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful
Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad

السلام عليكم



Timbul pula rasa ingin menulis sebelum tibanya pukul 10 malam.
Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum bermulanya 1st Professional Exam.
~ doakan ana & sahabat ~

Coretan kali ini bukanlah apa-apa.
Sekadar mengisi ruang masa.
Ingin memperingatkan diri & sahabat andai teralpa dan terleka.
Sebelum membuka nota yang seterusnya pula.

Bagi adik-adik yang ada merancang ke UIA dlm bidang Perubatan.
Pastinya ingin mengetahui apakah itu 1st Professional Exam bukan?

1st Professional Exam hampir boleh disamakan dgn SPM dari segi jangka masa.
Kerana ia merangkumi apa yg telah dipelajari sewaktu Tahun1 & Tahun2.
Apabila sudah melepasi 1st Professional Exam, barulah bermulanya Clinical Years.
Banyak masa akan dihabiskan di hospital bukan lagi kelas di kuliah.

Baiklah.
Post kali ini tidaklah berkisarkan pada satu topik.
Namun topik random yg terlintas di fikiran yg boleh kita muhasabah sebentar.
~ senyum ~

Sombong.
Sejak kecil lagi kita dididik bahawa sombong itu bukanlah akhlak yg baik.
Dan banyak sekali buku cerita yg menceritakan perihal buruknya memiliki kesombongan.

Dan apa itu sombong?
Adakah dengan tidak memberi salam apabila bertemu?
Adakah dengan sangat kedekut dengan senyuman?
Ataupun tidak melayani jejaka/gadis yg ingin berkenalan?

Sombong itu adalah mengejek dan menolak kebenaran dan merendahkan orang lain (Bukhari)

Sangatlah tepat dan benar.
Kesombongan itu adalah mengejek dan menolak kebenaran.
Apabila disajikan dengan kebenaran, ditolak sewenang-wenang.
Apabila diberi teguran, merasakan diri sudah cukup baik, teguran itu tidak diperlukan.



Sedangkan hanya Rasulullah SAW yg ma'sum
Manusia yg lain pastinya ada kekurangan.
Manusia yg lain pastinya terselit kesilapan.
Jadi bagaimana boleh seseorang itu mengaku dia sudah cukup baik & benar?
Sedangkan kesilapan itu jelas terpampang.

Kerana itulah.
Jangan merasakan diri sudah terlalu baik.
Jangan benci pada tarbiah.
Jangan tidak suka pada teguran.
Andai ia teguran yang baik, terima sahajalah.
BERSYUKUR.
Kerana apa?
Itu petandanya ada yang sayang.
Mereka yang menyayangi pasti menegur.
Dia yg menegur itu sayang.
Allah yg menegurmu itupun sayang.

Sombong itu juga merendahkan orang lain.
Dalam apa jua bentuk sama ada bicara mahupun tulisan.
Menghina dan mengatakan yang bukan-bukan.

Manusia sama sekali tidak layak untuk sombong.
Firman Allah SWT:
Dan janganlah engkau berjalan di bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembus bumi dan tidak akan mampu menjulang setinggi gunung - Al Isra: 37

Selagi diri tidak dapat menembusi bumi.
Maka jangan berangan untuk sesekali sombong.
Selagi diri tidak dapat menjulang setinggi langit.
Maka jangan sesekali timbul rasa sombong.

Allah
Jauhilah kami dari kesombongan

Keduanya.
Mengenai nikmat yang sedikit dan banyak.
Allah itu Maha Pemurah lagi Penyayang.
Walau hambaNya banyak mengingkari.
Namun Dia tetap terus memberi.
~ subhanallah ~


Man gets and forgets.
Allah gives and forgives.

Andai rezeki yg didapatimu banyak. 
Jangan sampai itu membuatkan kamu lupa pada Allah.
Andai rezeki yang didapatimu sedikit.
Jangan sampai itu pula membuatmu marah padaNya.

Kuncinya?
BERSYUKUR.
Andai kamu bersyukur, Dia akan terus menambah lagi dan lagi.
Andai kamu ingkar, maka berkuranglah apa yang diberi.
Pilihan ada ditanganmu.

Ucapkanlah ALHAMDULILLAH.
Walau dalam apa jua keadaan sekalipun.
Walau kamu susah, ingatlah ada hambaNya yg lagi susah.
Andai kamu rasa payah, ada lagi hambaNya yg merasakan lagi payah.
Teruskan bersyukur walaupun susah & payah.
Kerana apa?
Kamu masih punyai mata.
Kamu masih punyai telinga.
Kamu masih mampu menghirup udara.
Dengan harga PERCUMA.
Tanpa mengurangkan satu sen pun dari tabungmu.
Maka mengapa pula ingin kamu berpaling dariNya?


Ketiga.
Bagi gadis dan wanita.
Berusahalah menjadi solehah.
Solehah itu bukan sekadar kata.
Namun harus dijadikan cita-cita!

Apabila terpaksa melintasi di hadapan ramainya lelaki.
Sepatutnya menundukkan diri.
Berdoa agar dijauhi dari pandangan mereka.
Hanya Allah sahajalah yang melindungi.

Bukan mengharapkan dipandang.
Bukan mengharapkan dipanggil-panggil.
Bukan mengharapkan teguran.
Bukan mengharapkan siulan.
Bukan menambahkan lenggokan badan.
Bukan membalas pandangan.
Bukan senyum menayangkan lagi kecantikan.

Ingatlah.
Wanita yang baik pastinya yang tidak memandang.
Juga tidak dipandang.


Kalau masih ada sindrom ini.
Masih belum terlambat untuk berubah.
Banyakkan ingat mati.
Kelak di kubur keseorangan bukan bersama mereka.
Jadi buat apa digilakan manusia?


Akhir kata.
Masih belum terlambat untuk menjadi orang yg sepatutnya kamu jadi.
Andai belum soleh, berusahalah menjadi soleh.
Andai belum solehah, berusahalah menjadi solehah.
Andai belum mukmin, berusahalah menjadi mukmin.
Andai belum berjaya, berusahalah menjadi orang yang berjaya.

Tiada jalan singkat.
Melainkan usaha dan terus usaha.


Sahabat.
Semoga Allah meredhai  dan menyayangi kalian.
Semoga kelak kita pulang kepadaNya.
Dalam keadaan redha dan diredhaiNya.
~ Allah ~


Salam Ukhwah & Salam Kejayaan,

Www.AishaArdini.Com
Hayya 'Alal Falah!


 

Aisha Ardini Copyright © 2011 Aisha Ardini -- Design by Aisha Ardini