Saturday, 16 July 2011

Artikel Motivasi: Mencari Sahabat Sejati

MENCARI SAHABAT SEJATI
Oleh: Aisha Ardini

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم


"Ukhwah itu bukan pada indahnya pertemuan,tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya," (Imam Al Ghazali)


Ukhwah itu hakikatnya amat indah, terjalin di antara hati-hati nurani insan dan membuahkan rasa kasih dan sayang. Hadirnya bisa mendatangkan cinta Allah pada diri, andai ia berlandaskan apa yang telah Islam gariskan.

Pernahkah diri bertanya pada hati, mengapa aku berkawan dan bersahabat? Apa yang aku kejar dalam persahabatan sedemikian? Apakah ia bertiangkan keduniaan semata ataupun redha dan cinta Allah yang hakiki?


Bersahabatlah kerana Allah wahai diri. Jadikanlah pertemuan dan perpisahan itu juga kerana Allah. Jadikanlah Allah itu tujuan utamamu, bukan kerana material dan keduniaan semata-mata. Pasti diri akan menjadi sahabat sejati, dan juga ditemukan dengan sahabat sejati.


Firman Allah S.W.T:

“Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat,” (Al Hujurat: 10) 

 
Mungkin sudah tiba masanya untuk memperbetulkan kembali niat andai ada sedikitnya yang sudah terpesong dari yang seharusnya, dek hanyut dengan keindahan dan nikmat dunia.

Andai persahabatan bertiangkan Ilahi, pasti ia disertai kejujuran dan redhaNya. Tiada istilah khianat menghianati mahupun tikam belakang, apatah lagi mengata dan mencela. Tiada istilah dendam berdendam dan apa sahaja tindakan yang bisa melukakan hati sahabatnya.


Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:



Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu
Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu
Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu
Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik
Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu
Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya
Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya
Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu
Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu
Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu
Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu
Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan
Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.

Saidina Ali pula ada mengatakan:
Jangan berkawan dengan orang yang tamak kerana pada zahirnya ia ingin membahagiakanmu tetapi hakikatnya dia akan mencelakanmu.
Jauhilah berteman dengan pembohong kerana ia boleh menjadikan orang yang dekat lari daripadamu dan sebaliknya.
Janganlah berkawan dengan orang yang bakhil kerana ia akan melupaimu di waktu kamu sangat memerlukan
Dan jauhilah bersahabat dengan orang yang suka berbuat jahat kerana ia tidak malu untuk menjualmu dengan harga yang sangat murah.

Sahabat sejati bukan mudah untuk dicari. Mencari sahabat sejati bagaikan mencari sebiji benih yang terselit dalam semak berduri. Bersedialah untuk dilukai, namun jangan mengalah untuk terus mencari. Andai sudah kau temui, sayangilah dirinya sepenuh hati, dan suburilah ia dengan hati yang ikhlas dalam diri, agar dirimu juga menemui cinta Ilahi.

Andai dirimu menemui seorang sahabat, usahlah dirimu berpura-pura di hadapannya, hanya kerana kamu mahu diterimanya. Jangan dibiarkan dirimu diselubungi lakonan semata-mata, kerana akhirnya dirimu tiada mampu bertahan, kerana apa yang dizahirkan bukanlah dirimu yang sebenarnya.

Andai dua jiwa lain bentuknya, usahlah dipaksa untuk disatukan, gusar andai akhirnya ada yang terluka. Lepaskanlah dia pergi, dan bermohonlah kepadaNya agar kamu ditemukan dengan sahabat yang lebih baik dari sebelum ini.


“Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R. al-Hakim)


Dan salah satu kunci dalam persahabatan sejati ialah berlapang dada, namun untuk mencapainya ia tidak semudah bicara. Berlapanglah dada andai ada sahabatmu yang suka meniru apa sahaja gerak gerimu. Berlapanglah dada andai ada sahabat yang ingin melepaskanmu, kerana mungkin ada sahaja sebab musabab yang tidak kamu ketahui. Berlapanglah dada andai sahabatmu menemui sahabat yang lebih baik dan rapat berbanding denganmu.


“... dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (An-Nur: 22)


Hargailah persahabatan yang ada andai ia bersulamkan keikhlasan dan kejujuran dan bertiangkan Ilahi semata-mata. Jangan sekadar mengharapkan agar dirimu menemui sahabat sejati, namun berusahalah juga untuk menjadi sahabat sejati.


Sahabat sejati akan turut merasa bahagia andai sahabatnya berjaya. Sahabat sejati akan tumpang gembira andai sahabatnya itu mendapat atau mempunyai sesuatu yang lebih baik darinya. Sahabat sejati akan senantiasa bersama sahabatnya, susah mahupun senang.


Dan sahabat sejati sentiasa akan mengingatkanmu tentang Ilahi, dan juga menjadikanmu dan si Pencipta semakin dekat dan tiada secebis pun dalam hatinya perasaan cemburu terhadap sahabatnya, yakni ingin segala nikmat dan kebaikan itu hilang dari sahabatnya.


Bermuhasabahlah diri, apakah selama ini diri sudah menjadi sahabat sejati?


Berusahalah memperbaiki diri dari hari ke hari, agar hari ini lebih baik dari sebelumnya. Ikhlaskan hati kerana Allah, dan bersihkanlah hati dari segala perasaan yang kurang baik terhadap sahabat sendiri. Semoga Allah memelihara hati kita semua, dan mengurniakan persahabatan yang indah seindah-indahnya.


Mutiara Kata Buat Hati:
Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat. Dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari (Saidina Ali)



.

13 komen:

Cik JaJa said...

bole jd panduan i ^^ being my fren also

SYAF said...

nice entry....

MENUJU PERJALANAN PULANG

legacyeqmal said...

susah nak cari sahabat sejati sekarang ni.. ketawa bersama tapi menangis keseorangan..

fiDooo said...

terima kasih... seriuslay teman saya memnag sikit sangat, tp kawan tu ramai :)

Ana said...

Assalamualaikum... akak mohon izin untuk share di FB... :-)

CIKGU ZANA said...

Alhamdulillah..

Caliph Iznaz said...

hurm..bila bce artikel niyh..rse sedih sngt..memng bt0l sush utk mncri shbt sjati..yang ad ble seng dn sush..tapi..sekiranya anda mnjumpainya..jgn prnh sekali-kali anda melupainya dn tdk mnghrgainya..ktne itu adlh sbaik-baik anugrah dlm prshbtn..insyaAllah..yng pnting brshbatlah smata-mata krne Allah..

Miz_Hara said...

kak saya nk letak shre kt blog sya leh tk?wat pringti dri

Aisha Ardini said...

To Miz Hara:

Silakanlah. Sama-sama kita menyebarkan kebaikan :)

kanker serviks said...

mantab ,, maksih gan

Anonymous said...

best sangat..rasa tenang je ble bace blog nie..keinginn dihati ingin menjadi perhiasan yg mahal lagi dihargai memenuhi hati ini..thanks a lot ! peace no war !

LuvAwaRi hambaNya said...

:akaksahabatsayasahabatakak:
>akakdoakansayadoakanakak<
2 sahabat,
2 ..gether,
4 ever n_n
^_^ salam ukhuwah.
*keyboard saya ok lagi ea. he2 :D

LuvAwaRi hambaNya said...

:akaksahabatsayasahabatakak:
>akakdoakansayadoakanakak<
2 sahabat
+2..gether
----------
=4 ever
[salam ukhuwah]n_n
*keyboard saya masih ok ea.:D

Post a Comment

 

Aisha Ardini Copyright © 2011 Aisha Ardini -- Design by Aisha Ardini