Tuesday, 6 March 2012

Artikel Motivasi: Kenapa Harus Kamu Maafkan Dia?

Seseorang itu akan menjadi mulia, 
apabila dia mampu mengurangi kekurangannya

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم
In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful.

السلام عليكم



Hari ini dia menyakiti hatimu lagi. Ini bukan kali pertama, malah sudah berkali-kali dibuatnya.

Sabar, itu sahajalah yg mampu dihela jiwamu setiap kali diperlakukan begitu. Memaafkan dia? Tidak sekali-kali. Siapa yg mahu mengubati hati yg dirobek luka ini?

Kemudiannya, kamu menenangkan hatimu dengan mengingati Allah. Kamu mula membelek-belek lembaran Quran kesayanganmu lantas bertemu dgn ayat ini yg membuatkan kamu cukup terkesima:



Dan janganlah orang-orang yg mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahawa mereka tidak akan memberi bantuan kepada kerabatnya, orang-orang miskin dan orang-orang berhijrah di jalan Allah.

Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang (An-Nur: 22)

Lidahmu kini kelu. Jelas dalam kalamullah itu bahawa Tuhan yg dicintaimu itu menyarankan agar kamu memaafkan orang lain dan berlapang dada dengan mereka, oleh yang demikian agar Allah juga mengampunimu.

Kamu kemudiannya bertanya pada diri, apakah aku ingin Allah mengampuniku? Air matamu mula bergenang dan menuruni pipi. Ya Allah, sesungguhnya aku benar-benar mendambakan keampunan dariMu kerana banyaknya debu dosa yg telah aku sendiri ciptakan.

Kemudian, datang seorang sahabat menasihatimu;

Maafkanlah sahaja dia. Berlapang dada sahajalah dengan kekurangannya. Lidahnya itu tidak dijaga, benarlah bahawa hatimu yg terluka.

Namun, seberapa lamakah kamu ingin membiarkan dirimu dalam berduka lara? Dia tidak merasakan apa-apa malah bahagia sahaja dgn hidupnya, sedangkan kamu? Asyik berduka lara memikirkan hati yg dirobek menjadi dua.

Biarkanlah sahaja perkara itu berlalu. Usah disimpan dendam duka dan lara. Andai hatimu mula menyimpan itu semua, kelak akan kotorlah hatimu. Kau akan mengisi laci hatimu yg sebelum ini bersih tidak terisi debu kotoran namun disebabkan dendam itu, ia mula menghasilkan debu yg hitam kotor.

Maka, siapakah yg akan rugi? Pastilah kamu. Dia tetap bahagia dgn kehidupannya sedangkan kamu, mula menyimpan debu kotor dalam laci hatimu.

Usahlah bersedih kerana dia. Usahlah bersedih dengan kata-katanya. Adakalanya perlu dipekakkan sahaja telinga dan hatimu itu apabila mendengar kata yg menyakitkan hati sebegitu sebagai perisai agar hatimu tidak terpalit juga dgn kotoran hitam.

Anggaplah sahaja kamu tidak pernah mendengarnya. Anggaplah sahaja momen itu tidak pernah berlaku. Anggap sahajalah kata-kata itu tidak pernah didengarimu.

Jangan sesekali dibukakan ruang dalam hatimu itu untuk ruang kekotoran. Buang segala yg kotor itu. Kerana apa? Kerana hatimu itu mulia dan suci. Dan kamu takkan mengotorinya hanya kerana kamu berhadapan dgn orang sebegitu.

Maaf dan lupakan sahaja. Buang memori luka dilukai itu sejauh-jauhnya. Letakkan saja dalam laci minda pada bahagian pelupusan.


Adakalanya, manusia mudah sekali melakukan kesilapan apabila dia menghadapi situasi di mana menekannya untuk menghasilkan tindakan yg boleh melukakan hati orang lain.

Dan dari kebanyakan kes, yg dilukai itu tidak tahu apa yg dilalui oleh yg melukai apabila yg melukai itu menyebarkan pengalaman negatifnya itu kepada orang lain.

Oleh itu, mungkin ada sebabnya dia menjadi sebegitu. Andai kamu diletakkan di tempat dia, kamu mungkin melakukan perkara yg sama.

"Jangan kau salahkan orang yg merindu dengan kerinduannya, sehinggalah kau benar-benar memahami jiwanya,"

Jangan kau terus menyalahkan dia. Mungkin dia mengalami situasinya yg tersendiri yg kamu tidak ketahui. Cara mudah untuk menghadapi kisah ini ialah dgn berlapang dada sahajalah dengannya.

Apapun, yang salah itu tetap salah dan yang benar itu tetaplah benar. Memaafkan dia dan berlapang dada dengan kekurangan dan silapnya itu sama sekali tidak akan menghalalkan kesalahannya.

Namun itu adalah cara terbaik untuk kamu melindungi hati kamu dari turut dikotori dan mendapat kesan negatif darinya. Malah yg lebih utama, agar Allah juga akan mengampuni dosa yg dilakukan dirimu.

Dipetik dari buku Dr Aidh Al Qarni yg bertajuk Pesona Cinta; mengikut pandangan para ulama, terdapat 3 tahap dalam mengendalikan emosi.

Tahap Pertama

Apabila disakiti ataupun dilukai hati dan fizikalnya oleh seseorang, maka ia akan menahan emosinya.

Ini merupakan tahap yang paling rendah. Ia menahan emosinya dan tidak menularkan emosinya itu kepada orang lain dan tidak menimbulkan sebarang masalah dari emosinya.

Tahap Kedua

Ini terjadi apabila dia sudah semakin mampu dan mantap mengendalikan emosinya.

Apabila insan lain menyakitinya, dia akan berkata kepada orang tersebut "Semoga Allah SWT mengampunimu,"



Tahap Ketiga

Apabila dia semakin bertambah mantap dalam mengendalikan emosinya, dia akan membalas orang yang menyakitinya itu dengan perbuatan yang baik.

Sebagai contoh, memberikan hadiah, mengunjungi ataupun bersalam tangan dengannya dan menghargainya.

Sememangnya bukan mudah untuk mencapai Tahap Ketiga namun berusahalah! Allah akan menggantikan setiap kebaikan yang dilakukan dirimu itu dengan perkara yang lebih baik! Teruskanlah berbuat kebaikan dan maafkanlah sahaja orang yang pernah melukai hatimu itu!

Sekarang satu persoalan mula timbul di minda. "Adakah dengan begitu mudah memaafkannya, ini bermakna aku dayus dan menghambakan diri kepadanya?,"

Tidak. Tidak sama sekali. Siapakah yg menyarankan sifat pemaaf yg mulia itu? Bukankah yg menyarankan itu adalah Rabbmu?

Maka, dengan memaafkan orang lain adalah sebenarnya satu implementasi ajaran yg diajar Ilahi. Maka dengan itu, kamu sebenarnya menghambakan dirimu kepada Penciptamu, bukannya orang yg melukaimu!

Oleh itu usah gusar. Maafkanlah sahaja dia kerana ada ganjarannya dari Allah yg pasti lebih baik jika dibandingkan andai kamu berterus-terusan menyimpan dendam padanya.

Dan juga Rasulmu itu terkenal dengan sifat pemaaf. Tahukah kamu akan kisah Rasulullah dengan seorang pengemis buta Yahudi?

Setiap hari, pengemis itu mengatakan "Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya,"

Namun, setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahawa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai baginda wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Aisyah RA menjawab, "Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja". "Apakah itu?", tanya Abu Bakar RA.

"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana ", kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abu Bakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya.

Ketika Abu Bakar RA mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil mengherdik, "Siapakah kamu?". Abu Bakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa (mendatangi engkau)." "Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku," bantah si pengemis buta itu.

"Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW".

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abu Bakar RA, dan kemudian berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, dia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, dia begitu mulia, "

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abu Bakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi seorang muslim.

Terkesan sungguh dengan kisah itu. Rasulullah S.A.W. tetap dengan kebaikannya walaupun si pengemis buta itu mengatakan bermacam dan macam kepadanya.

Namun akhirnya, si pengemis buta sedar akan kesalahannya dan menjadi seorang muslim.

Inilah salah satu contoh mengendalikan emosi pada tahap ketiga: berterusan memberikan kebaikan walaupun dilukai.


Adakalanya manusia mudah terkesan dengan melihat contoh akhlak yg baik berbanding disyarah dan diajar untuk melakukan kebaikan secara lisan.

Mana tahu, andai orang yg melukaimu itu terkesan dengan akhlak mulia yg kamu tonjolkan sekaligus menyebabkan perubahan anjakan paradigma dalam hidupnya untuk menjadi orang yg lebih baik?

Sekalipun begitu, senantiasalah berdoa agar Allah memberikannya hidayah dan menyucikan hatinya.

Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesiapa yang berdoa bagi saudara Islamnya tanpa pengetahuan saudaranya itu, maka malaikat yang ditugaskan untuk itu akan berkata "Amin" dan engkau pula akan beroleh seperti itu juga," (Riwayat Abu ar Darda' R.A)

Berdakwah dengan kelemahlembutan dan berhikmah itu adakalanya jauh memberi kesan berbanding keganasan dan pemaksaan. Ketahuilah bahawa dengan kasih sayang, kamu akan dapat menguasai.

Dan ingatlah, kerana dirimu juga tidak sempurna, maka toleransi sahajalah dengan kesilapannya; agar orang lain juga dapat bertoleransi dengan kesilapanmu yg lepas dan mungkin kelak.

Akhir kata, padamlah segala kisah luka itu dari memorimu dan selamatkanlah hatimu dari mendapat sebarang tompokan hitam. Kemudiannya, berharap sahajalah imbalan pahala dari Allah akan kebaikan yg dilakukanmu itu, bukan berharap dari manusia.

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.

Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.

(Mereka berdoa dan berkata):

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. 

Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. 

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. 


Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan jadilah Penolong kami.


Oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir

- Al Baqarah: 286 -



Salam Sayang & Salam Kejayaan,

Www.AishaArdini.Com
Hayya 'Alal Falah!

4 komen:

audralailiey said...

Assalammualaikum wbt... my dear Aisha..

Nice ur entry kali ni... Sis audra selalu membacanya. Ye memaafkan dan sentiasa la berlapang dada dalam segala hal sekali di dunia ini. Kita di sakiti ye maafkan dan jgn biarkan tompokan hitam singgah di hati kita... Sangat cantik ayat itu.. Dan dgn kasih sayang , kamu akn menguasainya.. Masya Allah.. Dan cerita mgenai Rasulullah swa dgn c buta yahudi tu amat tersentuh hati ni bila membacanya heheh... :)

audralailiey said...

Assalammualaikum wbt... my dear Aisha..

Nice ur entry kali ni... Sis audra selalu membacanya. Ye memaafkan dan sentiasa la berlapang dada dalam segala hal sekali di dunia ini. Kita di sakiti ye maafkan dan jgn biarkan tompokan hitam singgah di hati kita... Sangat cantik ayat itu.. Dan dgn kasih sayang , kamu akn menguasainya.. Masya Allah.. Dan cerita mgenai Rasulullah swa dgn c buta yahudi tu amat tersentuh hati ni bila membacanya heheh... :)

Anonymous said...

post y sgt kena dengan hal y baru menimpa ana..
harap dpt mengubati hati ana dgn kata2 tersebut.. yer bersikaplah pemaaf ;))

mye said...

macam mana pula kpda mereka yg tidak mahu memaafkan kesalahan kita?
trasa kesalahan kita ni trlalu besar tp kita juga mnusia yg sring mlakukan kesalahan kan?..

Post a Comment

 

Aisha Ardini Copyright © 2011 Aisha Ardini -- Design by Aisha Ardini